Dah masuk bulan Zulkaedah,saya masih dijemput ke Open House Hariraya. Memang hebat, puasa sebulan, rayanya lebih sebulan. Sepatutnya sambutannya sehari sahaja tetapi orang Melayu cukup suka menjamu orang. Kadang kadang (terutamanya ahli politik) sampai 3-4 Open House dibuatnya. Ini lagi lagi di musim pilihanraya, semua berlawan lawan nak buat Open House. Konon nak pancing undi! Kurang dari 40 hari, tiba pula Hariraya Aidil Adha. Orang Melayu sambut lagi dengan meriahnya. Open House lagi!
Budaya Open House tiada kaitan dengan agama Islam. Ia sebenarnya merugikan. Tengok sahaja betapa banyak makanan yang dibuang selepas satu satu Open House. Dari satu Open House ke yang lain bukannya dekat. "Jam"nya tak terkira, sangkut kat jalan berjam jam! Duit minyak lagi, buang masa lagi! Dah tak tahu apa yang perlu diperkatakan lagi!!!!
No comments:
Post a Comment